Daripada studio yang membawakan kita semua ‘Monyet Angkasa’ dan ‘Mahawira Miqail’, kini muncul pula sebuah lagi kisah fantastik yang penuh fatamorgana… KISAH PENGEMBARAAN ROCKET RAYYAN!
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Rayyan Amar merupakan seorang kanak-kanak yang sangat imaginatif serta kreatif. Dia popular di sekolah kerana aneka bakat dalam akademik, sukan dan seni. Kawan dan taulan begitu senang bersama dengannya dalam apa jua keadaan. Rayyan sangat gembira. Kawan-kawan Rayyan sangat gembira. Semua-semua orang pun gembira.
Sehinggalah pada suatu hari, ibu dan ayah Rayyan membawa berita yang amat mengejutkan: Keluarganya terpaksa berpindah ke luar negara atas urusan dan tugasan kerja.
Ini membuatkan sikap Rayyan tiba-tiba berubah dengan begitu mendadak. Dia lebih suka menyendiri dan mengasingkan kelibatnya daripada tumpuan orang ramai. Di tempat baru, dia tidak ada kawan-kawan dan suasana yang sama sepertimana di tanahair. Dia dipandang seperti ‘makhluk asing’ yang sangat terasing. Untuk mengisi masa lapangnya, dia kerap ke sebuah taman permainan di kawasan perumahan barunya itu.
Pada suatu hari ketika dia seperti biasa sedang berseorangan, suatu peristiwa yang sungguh luarbiasa telah terjadi.
Peristiwa yang merubah ketentuan takdir hidup Rayyan Amar untuk selama-lamanya!
Mempersembahkan Grafik Novel Manteraworks bersiri terbaru bernama ‘ROCKET RAYYAN’!
AKAN DATANG | Disember 2011
Genre: Sains Fiksyen, Fantasi, Aksi, Komedi, Drama, Pendidikan
Official Site: http://sirirocketrayyan.tumblr.com/
Pelukis : Mushadie Mustaffa
Penulis : Faizal Mukhtar
Sinopsis :

